Aktiviti Kelab


Aktiviti :
Seminar Kepenggunaan dan Membanteras Cetak Rompak peringkat IPTA Negeri kelantan

Tempat:
Auditorium 300, Blok D
Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Machang

Tarikh:
31 Julai 2010







MACHANG 31 Julai: Kelab Pengguna UMK telah dijemput untuk menyertai satu seminar anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, koperasi dan Kepenggunaan di Universiti Teknologi Mara, kampus Machang. Seminar ini bertujuan mendidik pengguna, dan memberi penerangan kepada pengguna tentang konsumerism. 

Seminar dirasmikan oleh Y. Bhg Dato' Prof Dr Hussin @ Mohamad Ab Rahman, Pengarah UiTM kampus Machang. Peserta datang dari 6 buah IPTA, termasuklah dari USM, Akademi Pengajian Islam UM, UMK, Politeknik Kok Lanas dan UiTM sendiri.